Persoalan
 yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja
 sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada 
apa wang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, 
ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita 
diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk 
kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang. 
Bermula
 dengan kerja makan gaji, maksudnya bekerja di bawah orang lain sama ada
 dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di 
bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah, 
sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula 
contohnya bekerja di syarikat-syarikat Berhad, Sendirian Berhad atau 
Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan di mana majikan 
akan memberikan upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Si pekerja 
pula tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang 
diberikan. Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin tidak akan menggugat 
situasi si pekerja kerana ia dijamin oleh majikan tetapi bagi mereka 
yang bernama majikan, mereka perlu mencari jalan untuk membayar upah 
kepada pekerja mereka. 
Tahu
 kah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan 
makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji 
ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus 
dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat 
tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami 
kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka. Antara 
kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap 
bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta,
 kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di 
klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat 
bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya. 
Bagi
 mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana 
mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka 
tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini 
kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada 
majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung 
kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan 
kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan
 upah yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut. Dalam erti kata 
lain, kerja sendiri ialah bisnes atau perniagaan. Bidang perniagaan ini 
luas. Kerja sendiri ini mempunyai cabaran dan risikonya yang tinggi, 
ditambah pula dengan modal yang menelan kos yang jumlahnya agak besar. 
Namun semua itu dapat dikurangkan sekiranya mendapatkan khidmat nasihat 
pakar daripada syarikat yang berkelayakan seperti FAMA, SIRIM dan 
sebagainya. Mereka akan membantu dari segi pinjaman dan khidmat sokongan
 sehingga seseorang usahawan itu dapat “berdiri di atas kaki sendiri” 
dalam perniagaan. 
Perniagaan
 yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil 
yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar 
dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya 
boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan 
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan 
akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia. Antara 
kebaikan menjalankan bisnes ialah hasil pendapatan boleh mencecah angka 
yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji. Sekiranya bisnes 
dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap dan dijalankan dengan 
penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut, kebebasan masa dapat 
diperoleh  Selain itu, tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau
 naik pangkat seperti mereka yang makan gaji. Di samping itu, pemilik 
bisnes dapat membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan 
dan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dan yang paling penting, pemilik
 bisnes berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai kebebasan kewangan.
Di bawah ini disenaraikan perbandingan ringkas antara makan gaji vs kerja sendiri:
| 
Makan Gaji | 
Kerja Sendiri | 
| 
Masa Ditetapkan: Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang | 
Masa Bebas: Terserah kepada individu. | 
| 
Pendapatan
 Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan 
diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan 
gaji. | 
Pendapatan Tidak Menentu: Gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan. | 
| 
CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati. | 
CUTI Harian: Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan. | 
| 
Tempat Kerja Ditetapkan: Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat. | 
Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan. | 
Tidak
 dinafikan ramai yang tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas, bos 
yang suka mengambil kesempatan, rakan sekerja yang menjengkelkan, gaji 
kecil dan segala macam sebab. Hari-hari mengeluh mengenangkan nasib. 
Belajar berbelas-belas tahun, apabila sudah mendapat ijazah, berusaha 
pula berhempas pulas untuk menjadikan orang lain kaya. Adakah ia satu 
tindakan yang bijak? Sedangkan Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 
daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, tetapi ramai 
yang masih bergantung pada 1 punca rezeki! Islam
 menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah
 kecil atau besar mampu mengubah hidup seseorang dari kehidupan 
biasa-biasa kepada kehidupan “luar biasa”. Lihat sahaja contoh isteri nabi iaitu Siti Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya-raya.
Orang
 yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai 
perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang. 
Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja 
keras. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun 
hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat 
mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan 
pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi 
dll. Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu 
tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk 
menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dll itu sebenarnya lebih 
kurang sama dengan bekerja sendiri!
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 dek kerana ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang tidak didaftarkan 
secara rasmi sebagai pekerja untuk mencarum kepada KWSP di bawah 
kategori bekerja sendiri sebagai usaha untuk menabung bagi persaraan 
mereka. Maka tiada alasan lagi mereka yang bekerja sendiri untuk tidak 
mempunyai jaminan kewangan untuk hari tua
Golongan
 peniaga juga dikatakan lebih berminat daripada yang bekerja sendiri. 
Mengapa? Di alam perniagaan, pulangan di atas kertas memang cantik. 
Berhabis sejuta boleh dapat 2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI 
setahun). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Pemilik perniagaan 
sentiasa berhadapan dengan risiko muflis sekiranya pinjaman bank tidak 
dapat dibayar tepat pada masanya. Terlalu banyak uncertainty 
yang menjadikan pemilik perniagaan lebih berusaha. Lebih beriman. Kedua,
 sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga para 
pekerja. Majikan mungkin tahu yang pekerja menghadapi kesukaran untuk survive
 dalam suasana kos kehidupan yang tinggi dengan gaji yang diberi. Namun,
 tahu saja tak cukup. Justeru, pemilik perniagaan perlu fikirkan 
bagaimana untuk meningkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat 
ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak 
memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha 
supaya sama-sama dapat manfaat. Lebih berusaha. Lebih beriman. 
Ketiga,
 pemilik perniagaan tidak memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji. 
Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan 
mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan sama ada 
mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan 
menguntungkan ataupun sebaliknya. Andainya perniagaan yang diusahakan 
menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka 
memikirkan tindakan alternatif untuk memulihkannya. Hal inilah yang 
menjadi keistimewaan sebagai usahawan. Semangat keusahawanan mengatasi 
segala semangat bekerja, mereka dapat memikirkan alternatif yang terbaik
 untuk mengatasi kegagalan yang dihadapi. Semangat begini berbeza 
daripada pekerja makan gaji, iaitu masa bekerja telah ditetapkan, 
selepas itu, mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah yang timbul di 
pejabat dan tidak perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah. Lebih 
berusaha. Lebih beriman. 
Namun,
 bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, 
guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan
 sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka, anda 
mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan 
mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. 
Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang
 berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada
 suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.
Anda
 boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. 
Inilah sumbangan mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber 
pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh 
mereka. Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi 
usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan 
faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja 
seumur hidup mereka.
Orang
 yang makan gaji selalu fikir di kepala bilalah nak jadi kaya. 
Seolah-olah tidak bersyukur apa yang mereka ada selama ini dan merasakan
 tidak pernah cukup. Tetapi pernah tak mereka terfikir perasaan orang 
yang sedang mencari pekerjaan. Bukankah mereka (makan gaji) berada dalam
 kedudukan yang lebih baik?
Makan
 gaji atau bekerja sendiri bukan menjadi soalnya. Sebenarnya, ia 
bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih 
baik, asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Itu lah yang 
terlebih baik. Ramai orang amat gembira untuk bekerja makan gaji. Mereka
 suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua 
rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.
 Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan 
sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka 
gembira dengan hasil pendapatan yang mereka peroleh dan mereka hidup 
gembira dengan keadaan itu.
Sumber : Di sini  
 

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment