Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takaful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.
Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hukum yang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara.
Antaranya ialah:
a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul.
b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.
c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.
Jenis Takaful
Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:
i) Takaful Am
ii) Takaful Keluarga
i) Takaful Am
Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.
ii) Takaful Keluarga
Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atas diri seseorang peserta.
Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas diri sendiri.
Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positif dalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau malapetaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan salah faham dan kezaliman.
Sumber di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Welcome to my blog
About this blog
Blog ini bertujuan untuk berkongsi2 pendapat dan pandangan untuk dijadikan panduan hidup. Pelbagai info dan isu semasa akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Salam Ukhuwah!
About Me
- RaN'z
- Mohd Azran Bin Kamaruddin Kg Ulu Gali, Raub P.D.M Suka pada Kedamaian dan Keindahan Alam CiptaanNYA
Facebook Badge
Total Pageviews
Islamic Clock
Islamic Calendar
Popular Posts
-
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang ...
-
Credit to solihinzubir.com as the owner of this edited picture. Diantara reaksi² Syaitan apabila kita mengamalkan Al-Quran sebagai pa...
-
Terdapat 3 jenis ulam dari golongan herba iaitu pegaga, selom dan ulam raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan...
-
Gulai tempoyak ikan patin adalah tradisi masakan pahang yang sememangnya sedap dan lazat. Patin juga boleh digoreng,...
-
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih un...
-
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi el...
-
Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus...
-
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !...
-
Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. ...
-
Gambar di atas merupakan perbezaan diantara telur betul dan tiruan. skrg ni hangat diperkatakan tentang telur tiru...
Followers
Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment