Hari ini 11/5/2013 bersamaan 1 Rejab 1434 hijriah.........sedikit perkongsian mengenai bulan rejab untuk manfaat semua.
Dari Anas Bin Malik; Ketika memasuki bulan Rajab Rasulullah berdo'a:
Kata “Rejab” mengandung makna “kebesaran” atau “kemuliaan”.
Bulan Rejab bererti bulan yang mengandung peristiwa besar, dan sangat
dimuliakan. Tidak hanya masyarakat Arab di awal permulaan Islam yang
menamakan bulan ini Rajab bahkan zaman sebelum Islam diturunkan,
masyarakat
Jahiliyah telah menamakan bulan ini dengan nama itu. Mereka memuliakan
bulan
ini dengan mengharamkan peperangan atau pertumpahan darah. Rasulullah
SAW pun
kemudian menetapkan kebiasaan tersebut. Baginda mengharamkan pertumpahan
darah
di bulan Rajab.
Bulan Rajab juga disebut sebagai bulan al-haram iaitu kerana
termasuk dalam salah satu antara empat bulan haram, iaitu bulan yang diharamkan
melakukan peperangan di dalamnya.
Dengan memasuki bulan Rejab, bererti saat-saat kedatangan
bulan Ramadhan semakin hampir. Seharusnya kita dapat memanfaatkan bulan suci
ini dengan sebaik-baiknya seperti memperbanyak ibadah. Persiapan mesti
dilakukan dari sekarang, khususnya ketika memasuki bulan Rajab ini. Salah satu
caranya adalah dengan menyucikan diri dengan banyak beristighfar, memohon ampun
kepada Allah. Dan bulan Rajab memang salah satu saat yang terbaik untuk banyak
beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ
السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ
جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا (نوح : 10-12)
Maksudnya:
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonlah ampun kepada Tuhan
kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),
Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya
harta kekayaan serta anak-pinak, dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun
tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Permohonan ampun bukan sahaja dibalas dengan pengampunan oleh
rabbul jalil, malah ditambahkan lagi dengan kurniaan rezeki daripadaNya. Tiada
ruginya kita mengucapkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah.
Sabda junjungan besar SAW:
حدثنا هشام بن عمار حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا الحكم بن مصعب حدثنا
محمد بن علي بن عبد الله بن عباس عن أبيه أنه حدثه عن ابن عباس أنه حدثه قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لزم الاستغفار جعل الله له من كل ضيق مخرجا ومن كل هم فرجا ورزقه من
حيث لا يحتسب (
أخرجه ابن ماجة وأبو داود في سننهما)
Maksudnya: Barang siapa melazimi istighfar, Allah akan
memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap
kesedihan, dan memberinya rezeki yang
tak diduga-duga.
Antara ibadat lain yang dituntut agar dilaksanakan pada bulan
ini juga ialah berpuasa.
Sabda Rasulullah SAW
dalam sebuah hadis yang panjang :
حدثنا موسى بن إسمعيل حدثنا حماد عن سعيد الجريري عن أبي السليل
عن مجيبة الباهلية عن أبيها أو عمها،
أنه أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال……….صم
من الحرم واترك صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك……(أخرجه أبو داود)
Maksudnya: “Berpuasalah
kalian pada bulan-bulan haram atau tinggalkan (puasa)…
Dan di antara bulan-bulan
haram itu ialah bulan Rejab sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Akan
tetapi tidak ada hadis sahih daripada nabi menunjukkan keutamaan puasa di bulan
Rejab ini.
Sama-samalah kita
ucapkan doa ini sempena dengan bulan Rajab ini. Sabda Rasulullah SAW:
عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا
دخل رجب قال: " اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان".
Maksudnya: Sesungguhnya
Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab, Baginda akan berdoa: Ya Allah,
Berkatilah kami pada bulan Rajab, dan Bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan. (riwayat Al-Baihaqi, boleh tengok juga dalam Al-Azkar oleh Imam
An-Nawawi).
Semoga Allah SWT
meneruskan pemberian umur kepada kita dengan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga kita semua bersemangat dalam beribadat dan mencari redhaNya.
Saya tutup entry untuk
permulaan bulan Rejab ini dengan firman Allah SWT sebagai pembakar semangat
kepada kita semua.
Firman Allah SWT:
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
(الكهف : 110)
Maksudnya: Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya".
Selamat beribadat &
semoga bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment