1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan
 Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga 
merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah 
menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk 
meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan
 untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan 
adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban
 dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan 
masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan 
untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya 
Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. 
Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban
 dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; 
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab,
 “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana 
dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu
 dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah 
bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu
 siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam
 Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas 
malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi 
S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah 
hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah
 bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama 
sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat 
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian 
aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah
 aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku 
pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu 
daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu 
memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila
 tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya 
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt 
(turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari 
terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari 
kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya.
 Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan
 rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, 
maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini 
dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam
 ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah 
datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan 
kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi 
rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari
 nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama 
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula 
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb 
Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana
 yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar 
untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan 
yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda 
mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan 
mengagungkan bulan Syaaban ini.  Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
 berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada 
pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala 
mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti 
orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita
 sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan 
berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.:
 "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, 
taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah 
Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu 
dari segala macam bencana dan penyakit."    (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."  Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
 diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan 
Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti 
pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan 
puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
 Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
 kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka
 di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
  
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali
 bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan 
Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang 
berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, 
penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :
 
Sumber di sini
Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban
Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :

Sumber di sini

 

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment