Monday 27 June 2011

Cinta kampus

'Tidak salah asal tahu batasan'

ISU jodoh tidak pernah selesai, baik yang sudah berumur mahupun mereka yang baru bertatih dalam hidup - masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya.
Namun, persoalannya, adakah sesuai golongan mahasiswa yang masih belajar, ditanggung ibu bapa dan belum tentu masa depannya mula merencanakan perjalanan pencarian jodoh sebaik menjejakkan kaki di menara gading?
Alasan takut tidak 'laku', 'saham sedang menjulang', selain 'dia boleh menjadi sumber inspirasi' diberikan semata - mata mahu meyakinkan masyarakat bahawa pencarian jodoh di menara gading tidak salah mahupun boleh dipertikaikan.

Lebih hebat hujahnya apabila menyatakan pencarian ilmu serta perencanaan jodoh perlu berjalan seiring bagi mencari pasangan sealiran untuk memupuk persefahaman awal sebelum melangkah alam kerjaya.
Bagaimanapun, lain pula persepsi masyarakat yang menganggap menara gading tempat menimba ilmu demi masa depan manakala soal mencari jodoh ditangguhkan dulu sebelum menggenggam segulung ijazah.

Percanggahan pendapat keduanya sekali gus mewujudkan konflik serta mengundang persoalan sama ada hujah itu boleh diterima atau sebaliknya.

Kaunselor Berdaftar, Seksyen Kaunseling Pelajar, Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pencarian jodoh di kalangan mahasiswa sudah lama wujud, justeru, bukan janggal jika tradisi berkenaan masih berlangsung pada zaman ini.

Beliau berkata, tidak salah mereka memulakan langkah mencari jodoh asalkan tidak mengganggu atau merosakkan matlamat asal menjejak kaki di menara gading.

"Tidak perlu mempertikaikan tindakan ini kerana budaya mencari jodoh di kampus bukan baru, malah universiti lokasi 'strategik' bagi memulakan hubungan kerana ada ramai bakal pasangan baru yang sealiran.
"Apabila tradisi itu diteruskan masa kini, ia tidak janggal dan masih boleh diterima apatah menjadi hak individu bagaimana mahu merencanakan perjalanan masa depannya. Asalkan perlakuan itu tidak melanggar norma masyarakat, tiada salahnya.

"Apa yang menjadi masalah, apabila mahasiswa menjadi alpa dan lupa diri, mula memasang angan-angan menjangkau kemampuan hingga menggelapkan masa depan hingga gagal dalam pengajian.
"Senario itu yang paling banyak terjadi hingga meragut kepercayaan masyarakat hingga timbul tanggapan belum tiba masanya golongan terbabit mencari jodoh di kampus," katanya.

Meskipun ketentuan jodoh boleh berlaku di mana-mana, kampus dianggap tempat paling sinonim untuk memulakan langkah pertama mencari pasangan sehati sejiwa kerana pelbagai faktor, antaranya kekerapan bertemu boleh membuahkan persefahaman.

Tidak menolak faktor itu, Siti Fatimah berkata di kampus banyak asas pengalaman dan ilmu baru mengenai selok-belok perhubungan antara pasangan berlawanan gender boleh dipelajari, diperhati dan difahami.

Apatah lagi, langkah menjadi semakin panjang kerana 'bebas' daripada kongkongan ibu bapa selain memasuki alam baru lebih terbuka sesuai dengan peralihan usia kanak - kanak ke remaja.

"Dengan kawalan 'longgar', mempunyai ramai teman sealiran yang sentiasa bercerita, momokan indah dan sebagainya, sudah pasti mudah terpesona dan menganggap hidup 'berpasangan' lebih indah. Di situlah hasrat membina angan-angan dan impian menjadi lebih mengebu - gebu.
"Terpengaruh pula dengan pandangan skeptikal menyatakan mahasiswa terutama wanita sukar mendapat jodoh bila sudah berkerjaya, hasrat itu ingin direalisasikan dalam tempoh pengajian.

"Bagi mereka, tiada salahnya belajar dan pada masa sama merencana masa depan dengan membuat perancangan mencari jodoh. Peluang sudah ada di depan mata, rugi jika melepaskannya tanpa mencuba meskipun risiko dipertaruhkan juga cukup besar," katanya.

Meskipun senario berkenaan normal, masyarakat melihat situasi itu lebih membawa kerumitan apatah lagi jika mahasiswa gagal menilai dan tidak mampu fokus kepada tuntutan akademik atau peribadi sekali gus.

Akibatnya, banyak masalah timbul dengan kesan terburuk terbabit masalah sosial atau gagal pengajian.

Siti Fatimah berkata setiap tindak-tanduk dilakukan tanpa pertimbangan rasional pasti akan mewujudkan impak sebaliknya yang bukan saja akan menjurus seseorang kepada kekecewaan, malah hilang fokus dalam hidup.

"Teguran atau kebimbangan masyarakat adalah kerana mereka sering melihat bagaimana sukarnya mahasiswa bergelut dengan kegagalan jika hubungan dijalin bermasalah atau terputus.

"Jika mahasiswa tahu membawa diri dan meletakkan keutamaan di tempat betul, mungkin tentangan diterima hanya sedikit. Masalahnya golongan terbabit tidak mencerminkan kebenaran sebab itu masyarakat mempertikaikannya," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mencari jodoh di kampus disebabkan takut bakal digelar andalusia, beliau berkata terpulang individu terbabit mentafsirkannya.

"Pencarian jodoh di menara gading ada sebabnya, mungkin kerana sekufu, pengaruh persekitaran, keinginan dan sebagainya juga disebabkan takut memegang status andalusia kerana taksub pada pekerjaan.

"Ia sukar diberi jawapan tepat namun ditekankan mencari jodoh di kampus bukan jaminan ia mampu berkekalan hingga jinjang pelamin. Pergaulan lebih luas di alam pekerjaan juga boleh menjadi penyumbang keretakan hubungan.

"Hakikatnya, soal jodoh sangat subjektif kerana tidak boleh ditentukan biarpun boleh dirancang. Dengan kata lain, biarpun kita menyediakan diri dengan pencarian jodoh itu, bukan ketentuan diri yang merealisasikannya, jadi perlu bijak membuat pertimbangan," katanya.

sumber hmetro

Monday 20 June 2011

Cara mengenal wanita Jepun,China dan Korea

Asia merupakan benua yang kaya akan keragaman. Pelbagai etnik dan budaya di dalam Benua ini. Banyak pertanyaan yang sangat umum tetapi sulit untuk menjawabnya. Iaitu bagaimana membezakan wajah Orang China,Jepun dan Korea? Memang sepintas orang Jepun, China, dan Korea kelihatan sama. Akan tetapi jika anda memerhatikan dengan lebih teliti, terdapat perbezaan di antara mereka.

Inilah perbezaan diantara wajah orang China, Jepun, Korea:

Orang Jepun

Orang Jepun cenderung memiliki struktur wajah oval bermata besar dan hidung yang lebih jelas. Wanita Jepun sering memakai make up tebal memberikan kesan warna kulit putih pucat.

Orang China

Orang China cenderung memiliki wajah bulat daripada orang Korea dan Jepun. China adalah negara multi-etnis besar tak seperti Korea dan Jepun (yang lebih etnis homogen) sehingga lebih sulit untuk membezakan atau mengenal mereka.

Orang Korea

Orang Korea cenderung memiliki wajah menyanjung dengan tulang pipi tinggi / persegi dan mata kecil dengan kelopak mata tunggal

sumber Di sini

Monday 13 June 2011

Petua Hilangkan Jerawat

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.


3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.


4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.


5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.


6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.


8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.


Menghilangkan Bintik Hitam


Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
 

Tegangkan Kulit Muka

Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
 

Menghilangkan Parut di Muka

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
 

Kulit Muka Lembut dan Cerah

Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
 

Hilangkan Parut Demam Campak

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-

Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
 

Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
 

Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
 

Mengekalkan Seri Wajah
 

Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.

Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
 

Menghilangkan Panau di Muka

Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.

Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
 

Alat Solek Tidak Sesuai

Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.

Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
 

Kulit Muka Berminyak
 

Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

 

Melembabkan Muka

Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan

Wednesday 8 June 2011

Tips Ringankan Blog Anda...

Di bawah adalah faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah blog itu lambat untuk melalui proses 'loading page'. Kebiasaannya, punca utama adalah kerana blog tersebut dibina menggunakan banyak image.

Paparan image pada post yang saiz 'file'nya terlalu besar. Penggunaan banyak widget javascript juga menjadi salah satu punca utama mengapa blog menjadi berat.

1. Widget berbentuk flash (.swf): contohnya widget seperti jam, visitor counter, gambar slide, games, iklan dan sebagainya.

2. File Javascript (.js); contohnya marquee text, photo slider dan jquery .

3. File Image bersize besar (.jpg, png, gif dan sebagainya); Contohnya seperti gambar atau ikon yang boleh bergerak, Lebih-lebih lagi image berformat .gif (animation) yang bersaiz besar.

4.Terlalu banyak post di muka depan(front page). Tekan Ctrl + - pada keyboard sebanyak empat kali. Anda boleh lihat sama ada blog sukar untuk di scroll atau pun mudah. Kemudian, bandingkan dengan blog lain.

5.File audio atau video yang di mainkan secara auto.

Kini anda tidak perlu risau lagi, dengan hanya memasang Jquery Lazy Load, blog anda akan jadi lebih ringan. Saya akan menunjukkan cara-cara untuk memasangkan Jquery Lazy Load di blog.

Step :
1. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript
2. Copy kod di bawah kemudian past pada content JavaScript

<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.4/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlGzPkOkyuW6jb7TbOSVeRiOGM1mNrUc7LW-tHG3xsCZpxLJdXa0RP2yYbUI8y3ijTOhXkYaYKNW5CEyJ2WvS0tTbhyNZMqBLTgmQW0vfsnyYyReJKTH_tl9cIJ_qpvmwUUaymLBprQhQ/s1600/grey.gif"
});
});
</script>
3. Preview dulu then save.

Selamat Mencuba!!!!