Friday 25 November 2011

Doa akhir tahun dan awal tahun hijrah

Assalamualaikum...  hari ahad nie merupakan 1 muharam 1433 (27/11/2011) so kita baca doa akhir tahun pada sabtu petang ( 26/11/2011 ) selepas waktu Asar dan Doa awal tahun selepas waktu mahrib pada hari yang sama.

kebanyakan semua masjid di tempat kita akan buat majlis nie, bagi sapa2 yang berpeluang pergi masjid p le ramai2 ok, boleh buat secara berjemaah, setahun sekali je kan. insyaallah sabtu nie aku nak p.

bagi yang tidak berkesempatan pergi masjid, korang boleh je baca doa akhir tahun dan awal tahun dirumah.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA )


10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      ambil
satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
Credit to Halaqah.net

Wednesday 9 November 2011

Tips-Laptop cepat Hot!!!

Tips | Laptop Cepat Panas

setelah sekian lama laptop aku mengalami masalah kepanasan laptop, akhirnya aku berjaya mengatasi masalah tersebut. Dengan bantuan tenaga pakar iaitu member aku yang blaja Sains Komputer, laptop aku kini sudah kembali normal.

Kat sini aku nak share sikit tentang masalah laptop cepat panas. Bagi sesiapa yang dah tau, korang abaikan je la benda ni. Punca laptop cepat panas ni adalah disebabkan habuk yang ada kat persekitaran telah berkampung kat dan laptop korang. Habuk yang banyak tahap dewa tu la yang penyebab laptop kita cepat panas. Heat dari laptop tak dapat keluar dari fan sebab tersekat ngan habuk. So, cara yang terbaik adalah korang halau habuk-habuk tu dari berkampung kat fan laptop korang.



Cara-cara nya adalah sperti berikut :

Korang bukak slot kat bahagian kipas korang.
Then, chek samaada habuk banyak ke tak. Kalau banyak, buang n lap kan.
Lepas dah buang semua habuk, lap balik dan korang.
Korang boleh guna cotton bud tok buang habuk kat fan tu.
Lepas dah settle semua, pasang balik. Then test balik fan tu berfungsi atau tak.
Korang ulang la cara-cara ni dalam dua or tiga bulan sekali untuk make sure yang tak ada habuk yang berkampung kat laptop korang

Okay. Ni je yang aku boleh share ngan korang semua. Selamat mencuba...

credit to Theatre Of Dream

Thursday 3 November 2011

Semak Kualiti Handphone Anda


Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dengan baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dapat di ambil dengan segera....
Langkah 1
Sila taip *#06# pada kekunci handphone anda untuk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yang berada pada Serial Number yang bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dengan nombor yang ke tujuh dan ke lapan pada Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sangat teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.


Oleh itu, yg mane jenis kualiti hp anda...sekadar info utk sume..tq