Adakah Syaitan Benar-benar Dirantai Di Bulan Ramadhan? 
Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar  satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau  diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu  Hurairah RA yang bermaksud : 
"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan,  dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu  syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam  Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan  begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab  Shaum (Puasa). Namun lafaz yang dibawa oleh Imam Bukhari berlainan dari  Muslim walaupun dari periwayat yang sama iaitu : "Apabila tibanya bulan  Ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu jahannam  dan dirantai syaitan-syaitan.." Namun, perbezaan lafaz ini tidak membawa  kepada perbezaan makna hadis. 
Persoalannya : Adakah syaitan benar-benar dirantai di bulan Ramadhan  sehingga tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa? Kalau ini  yang terjadi, bagaimana pula yang berlaku pada hari ini di mana dilihat  kemaksiatan yang berlaku di bulan Ramadhan tidak kurang hebatnya  daripada yang berlaku di bulan yang lain? Atau adakah rantai tersebut  hanyalah satu simbolik (majaz)? 
Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut  bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz  untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan  tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa.  Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan  menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan  berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana  itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini  menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah  yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang  tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya  samalah seperti bulan-bulan yang lain. 
Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan  maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada  bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan. Manakala  hakikat yang terjadi pada hari ini di mana ramai orang-orang yang  berpuasa tetap meneruskan kemaksiatan ialah kerana puasa mereka tidak  menepati syarat-syarat dan tidak dihayati sebagaimana yang sepatutnya.  Apabila puasa tidak dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap  berkekalan sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai. Pendapat ini  dipegang oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani. 
Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama' terhadap hadis ini yang  menyatakan syaitan-syaitan dirantai terbahagi kepada dua iaitu  memahaminya secara simbolik ataupun memahaminya di atas maknanya yang  zahir. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak bertentangan antara satu sama  lain. Seandainya seseorang itu berpuasa dengan sebenar-benarnya, maka  sesungguhnya dia telah merantai syaitan daripada mendekati dirinya. 
Susunan : 
Ahmad Fadhli bin Shaari, 
Nilam Puri, Kelantan. 
Sumber 
Tuesday, 9 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Welcome to my blog
About this blog
Blog ini bertujuan untuk berkongsi2 pendapat dan pandangan untuk dijadikan panduan hidup. Pelbagai info dan isu semasa akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Salam Ukhuwah!
About Me
 
- RaN'z
- Mohd Azran Bin Kamaruddin Kg Ulu Gali, Raub P.D.M Suka pada Kedamaian dan Keindahan Alam CiptaanNYA
Facebook Badge
Total Pageviews
Islamic Clock
Islamic Calendar
Popular Posts
- 
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang ...
- 
Credit to solihinzubir.com as the owner of this edited picture. Diantara reaksi² Syaitan apabila kita mengamalkan Al-Quran sebagai pa...
- 
Terdapat 3 jenis ulam dari golongan herba iaitu pegaga, selom dan ulam raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan...
- 
Gulai tempoyak ikan patin adalah tradisi masakan pahang yang sememangnya sedap dan lazat. Patin juga boleh digoreng,...
- 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih un...
- 
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi el...
- 
Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus...
- 
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !...
- 
Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. ...
- 
Gambar di atas merupakan perbezaan diantara telur betul dan tiruan. skrg ni hangat diperkatakan tentang telur tiru...
Followers
Powered by Blogger.
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment