Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi  kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul  al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan  Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW.  Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
 Al-Quran adalah  mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara  berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran.  Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang  Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat  Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu  rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya  berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang  ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam  Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka  ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang  serius memikirkan rahsia al-Quran.
 ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya  terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid,  ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah  al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat  akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah  sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan  atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya  terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa,  nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan  al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya  yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang  hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli  sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang  diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama  menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17  Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula  menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24  Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat  41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1  Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul  Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun  sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin  benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai  malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut  merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang  (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah  sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang,  maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat  (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang  sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih  lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya  Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari  Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan  diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada  hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw  berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang  diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas  adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia.  Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah  sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.  Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi  Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira.  Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah  ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat  untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu  yang mencabar umat Islam. Di luar negara,  diprovokasi oleh pihak  tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam  mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul  Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman  kita yang sebenar iaitu Al Quran.
 

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment