1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering  mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya.  Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan?  Tidur dengan  cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada  keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk  sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga  8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda  memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia  menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2  atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan  dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk  bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan  seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia  akan membantu anda untuk bangun lebih awal!
 
2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap  hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba  tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda  ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda  boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu  malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja.  Sekiranya anda mengantuk  pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada  pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan  bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara  tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.
 
3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan  tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan  15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya  cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih  baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit  awal, cuba kekalkan ritma tersebut.
 
4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan  anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia  dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak  memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan  anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini  juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma  circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan  cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan.  Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.
 
5. Bersenam setiap hari
Anda  digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya  amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan  membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia  juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan  untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku  kepada anda.
 
6. Susun semula jadual anda
Sekiranya  anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan  perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang  penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak  dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan  tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda  tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas  tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan  serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam.  Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.
 
7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan  15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk  mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20  minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak  perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata  anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan  kerja anda.
 
8.  Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan  lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang  berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda  mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan.  Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang  belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak  terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.
 
9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya  anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah  tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja  tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor  untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyakit ‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’  iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa  lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda  sedari.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Welcome to my blog
About this blog
Blog ini bertujuan untuk berkongsi2 pendapat dan pandangan untuk dijadikan panduan hidup. Pelbagai info dan isu semasa akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Salam Ukhuwah!
About Me
 
- RaN'z
- Mohd Azran Bin Kamaruddin Kg Ulu Gali, Raub P.D.M Suka pada Kedamaian dan Keindahan Alam CiptaanNYA
Facebook Badge
Total Pageviews
Islamic Clock
Islamic Calendar
Popular Posts
- 
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang ...
- 
Credit to solihinzubir.com as the owner of this edited picture. Diantara reaksi² Syaitan apabila kita mengamalkan Al-Quran sebagai pa...
- 
Terdapat 3 jenis ulam dari golongan herba iaitu pegaga, selom dan ulam raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan...
- 
Gulai tempoyak ikan patin adalah tradisi masakan pahang yang sememangnya sedap dan lazat. Patin juga boleh digoreng,...
- 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih un...
- 
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi el...
- 
Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus...
- 
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !...
- 
Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. ...
- 
Gambar di atas merupakan perbezaan diantara telur betul dan tiruan. skrg ni hangat diperkatakan tentang telur tiru...
Followers
Powered by Blogger.
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment